Dengan nama Allah, Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya
akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang
menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan
(ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah,
maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang
keruh akan jernih’.
- Ayat ini jikalau
diamalkan
setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan
beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang
beramal ayat ini Allah ta’ala akan
mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan,
Allah ta’ala akan memberi rezeki
yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan
segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah,
terlindung segala daripada
bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada
si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum,
Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat, seperti
kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan
yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat
ini selepas solat
fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat
perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur
menentang musuh, tidak
binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang
benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada
Allah SWT.
- Baca
ayat ini sesudah
solat lima waktu,
- Baca
ketika hendak
tidur tiga kali,
- Baca
ayat ini ketika hendak
keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas
mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya
sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan
yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
No comments:
Post a Comment