Pengarah Urusan MEKAR SEMILU
Rohana
Binti Che Hassan yang dilahirkan pada 10 Ogos 1966 di Hospital Baling
Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Syed Sheikh dan
meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Jerai Baling, Kedah dan
seterusnya melanjutkan pelajarannya di sekolah Yayasan Al-khairiah
(sekolah Agama). Pernah berkhidmat dengan
KOPUTRA
Bank Bumi Malaysia Bhd (BBMB) selama 15 tahun sebagai Pegawai Kawalan
Kredit. Banyak mengikuti perkembangan kosmetik dan ia merupakan minat
yang utama, Oleh kerana minat yang mendalamnya tentang kosmetik hanya
dengan bermula berjinak-jinak menjual kosmetik orang lain telah
membuahkan hasil dan kini menjual
produk sendiri iaitu produk mekar semilu.
Alhamdulilla saya sebagai dealer dan blog myzan mekar semilu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan Rohana kerana Produk ini dengan izin allah s.t sangat membantu saya dari kehidupan yang susah dahulu kini alhamdulilla hidup dengan sederhana dan segala yang di perolehi dapat saya kongsikan dan maanfaatkan dengan orang lain, alhamdulilla syukur pada allah,
sayang mekar semilu, sentiasa di hati semoga abadi dan kekal di hati pengguna untuk selamanyer
MEKAR SEMILU MEMANG TERBAIKK
MENJAGA KECANTIKAN MENURUT AJARAN ISLAM DAN AMALAN MELAYU.
Tips kecantikan APABILA
ditanyakan, apakah kecantikan hakiki wanita, maka bermaknanya ada
kecantikan palsu. Juga bermakna bahawa ada apa yang boleh disebut
sebagai kecantikan lelaki. Maka mula perlu disebut ialah apakah itu
kecantikan? Apa yang dinilai sebagai kecantikan adalah datangnya
daripada deria manusia itu sendiri. Justeru kalau disebut pancaindera
manusia sedemikian, bermakna keindahan pada mata, telinga, hidung, lidah
dan jari. Lanjutan daripada itu, kecantikan merujuk pada keindahan,
kemerduan, keharuman, keenakan dan kelunakan.Seterusnya, maka dapat
difaham bahawa apabila disebut kecantikan, ia adalah apa yang sedap
dipandang mata, sedap didengar telinga, sedap dihidu, enak dirasa dan
lembut disentuh.
Tips Kecantikan menurut ajaran islam dan amalan melayu antaranya:
- Apabila
bangun pagi, sebelum gosok gigi, orang Melayu mengajar supaya minum
segelas air masak kosong. Rasulullah saw juga mengamalkan minum segelas
air kosong setiap pagi. Air kosong yang bercampur dengan air liur pagi
mengandungi enzime yang baik untuk penghadaman, jadi apabila sistem
penghadaman elok, Insyaallah jauh dari penyakit.
- Mandi
pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air
sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak
gemuk.
- Solat sememangnya terapi yang terbaik untuk
kesihatan. Apabila sujud sewaktu sembahyang subuh, sujudlah
sekurang-kurangnya seminit, jangan cepat sangat. Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian tentang kehebatan solat. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi
darah. Hanya dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang
berkenaan.
- Para ulama’ mengajar kita supaya memakan
buah-buahan dahulu sebelum makan, bertentangan dengan saranan Barat yang
menyuruh kita makan buah selepas makan. Ini berdasarkan surah Al
Waqi’ah ayat 20-21 tentang makanan ahli syurga “Dan buah-buahan dari apa
yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.”
Dalam ayat tersebut Allah swt menerangkan tentang makanan ahli syurga
yang mana Allah menyebutkan buah-buahan dahulu, baru kemudian daging.
- Sewaktu
makan, elakkan mencampur makanan darat dengan makanan dalam air seperti
ikan dengan ayam. Dalam kitab lama, ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan air berdasarkan tegahan Rasulullah saw
terhadap sahabat untuk makan ikan bersama susu kambing. Apabila dikaji
oleh para saintis, mereka menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi
ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Maka dalam suapan ayam
bercampur dengan ikan akan terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil
yang boleh merosakkan usus kita.
- Tidak salah makan
dengan sudu/garfu/copstik dsb tetapi Rasulullah saw mengajar kita makan
dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Apabila dikaji,
ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah
jari jari, dan ianya amat baik untuk pencernaan makanan.
- Selepas
makan, jangan minum air terus, tunggulah selepas 15-30 minit baru minum
air. Air apa yang bagus? Saya tidak memberi apa-apa jaminan
keberkesanan, tapi ada yang mengatakan dengan mengamal minum secawan air
teh “O” setiap pagi Isyaallah boleh mengawal dan mengurangkan berat
badan anda. Minum teh o ini bukan hadith Rasulullah, tapi amalan orang
Melayu.
SEKITAR MAJLIS PROMOSI DAN BENGKEL MEKAR SEMILU